nUSANTARa - Selepas
berakhirnya siri Alter Terahsia Bangsa Melayu Volume 3.0 yang lalu, meja
pengarang MistisFiles telah dihujani pelbagai pertanyaan tentang rahsia
KeMelayuan dan Nusantara. Ada pihak yang menyokong Srikandi malah mengemukakan
maklumat-maklumat tambahan untuk berkongsi dengan pembaca MF. Ada pihak yang
membangkang dan mengkritik Srikandi. Ada yang tidak berpuashati dengan
Srikandi. Ada yang memakihamun Srikandi seolah-olah Srikandi telah memusnahkan
seluruh hidupnya!
Bukan
sahaja di Malaysia, malah di Indonesia siri ini telah tersebar dengan meluas
apabila seorang peminat dari seberang (?) telah mengedit siri ATBM di dalam
bahasa Indonesia dan menyebarkannya di dalam blog-blog, forum dan laman
web. Bukan sahaja orang Minang, Bugis, Riau dan sebagainya, malah saudara serumpun
dari kalangan orang Jawa dan Sulu tertanya-tanya asal-usul Bani JAWI dan sedar
akan kesamaan budaya dan langgam bahasa antara kaum-kaum Nusantara.
Kami
telah mengambil inisiatif bertemu dengan Srikandi, editor Alter Terahsia Bangsa
Melayu bagi membincangkan beberapa persoalan yang tidak sempat dirungkaikan di
dalam siri yang lepas. Kami juga akan cuba untuk mengorek pembayang-pembayang
bagi siri yang akan datang yang diketahui tajuknya sebagai "The House of
Bni Jawi".
Di sebuah
cafe yang berlatarbelakang pantai yang indah di semenanjung Yucatan, kami dengan
bangganya membawakan kepada anda Temubual Bersama Srikandi. Hayatilah sejarah
anda, kerana tanpa sejarah, anda mungkin akan disejarahkan . . .
S: Penemubual
J: Srikandi
S: Sibuk
nampak Srikandi sekarang?
J: Tidak
juga, kadang-kadang saya ambil angin di Tikal dan Uxmal sambil buat
penyelidikan. Bosan . . . saya berehat di Cancun, ada sebuah resort yang memang
kegemaran saya. Menikmati angin Caribbean sambil berangan-angan di lembayung
senja memang mengasyikkan.
S: Wah, seronok
nampak Srikandi,
jika saya dapat kerja yang hebat seperti ini . . .
J: (Srikandi
tersenyum) Sebenarnya saudara,kebanyakan orang akan fikir pekerjaan orang
lainlah lebih menyeronokkan, selesa dan hebat. Seorang jururawat akan fikir kerja
seorang doktor adalah profesion yang hebat. Seorang kerani biasa akan fikir
kerja seorang pengurus pejabat adalah kerja yang hebat. Seorang cikgu sekolah
akan fikir kerja seorang pensyarah universiti adalah kerja yang hebat. Seorang
juruteknik fikir kerja seorang jurutera adalah kerja idaman Malaya. Dan semua
orang fikir jadi Perdana Menteri nampak hebat namun anda akan tahu betapa
peritnya jiwa bila kena menguruskan sebuah negara dan kadangkala jasa kita
bukan dibalas dengan terima kasih namun dikutuk dan dimakihamun.
Dahulu
ketika saya kecil,saya bayangkan kerja seorang pakar sejarah atau arkeologi
yang menyeronokkan. Saya memang meminati bidang sejarah sejak kecil. Saya seorang
ulat buku. Sejak umur 7 tahun lagi saya telah membaca tentang sejarah
negara-negara Asia Tenggara. Habis satu siri ensiklopedia sejarah di
perpustakaan sekolah saya 'dihafal' oleh saya. Ketika di sekolah menengah saya
nekad ambil bidang sastera ketika semua kawan-kawan saya cenderung ambil aliran
sains. Saya terpaksa berpisah dengan kawan baik saya yang selalu di sisi saya
sejak dari kecil, demi mengejar impian saya. Aliran sastera sudah menjadi taboo
sebagai aliran yang susah dapat kerja dan membosankan. Namun saya percaya pada
diri saya. Selepas habis SPM, saya terus memohon ke Tingkatan Enam, ketika
sebahagian besar yang lain terus ke matrikulasi,maktab dan universiti. Sekali
lagi saya ambil langkah kurang popular. Anda tahu 'keperitan' di Tingkatan
6? Orang kata kita masih budak sekolah lagi. Masih campur dengan budak-budak
hingusan lagi.Tidak ada class. Masih pakai uniform sekolah. Tapi saya nekad. Saya
gigih belajar dan belajar bersama-sama rakan-rakan di Tingkatan 6 yang
sebahagian besarnya berbangsa Cina. Di sinilah saya belajar bergaul dengan
rakan-rakan Cina. Kami bersama-sama menganjurkan Hari Sukan, Hari Persatuan, Hari
Kantin dan pelbagai lagi. Kami memimpin 'budak-budak sekolah' membuat aktiviti
kemasyarakatan.Ya, memang kami jadi budak sekolah tapi inilah yang menjadikan
kami kental sebagai pemimpin yang lasak.
Tidak
hairanlah apabila saya lulus cemerlang dan diterima ke universiti, saya dengan
cepat diterima untuk menerajui pelbagai acara dan persatuan. JIka tidak saya
seorang wanita, mungkin saya sudah menjawat Pengerusi Persatuan Sejarah di
universiti saya. Ketika semua pelajar di universiti ketika itu tekun mendengar
ucapan saya, saya masih teringat peristiwa saya di boo dengan samseng-samseng
sekolah ketika mengajak mereka derma darah. Saya dilemparkan bungkusan air sirap
dan rantai basikal saya dijatuhkan. Saya menangis ketika itu mengenangkan betapa
bodohnya saya bercampur dengan budak-budak sekolah ini dan degil tidak mahu
memohon ke universiti.Namun rakan-rakan Cina saya menenangkan saya dan seorang
dari mereka yang saya panggil Win Cun berbisik kepada saya:
". . . jika
awak lemah semangat,tiada siapa di dunia ini akan dapat tolong awak . . ."
Saya
kesat airmata. Saya bangkit dan pulang ke rumah dengan seribu semangat. Saya
tidak mengalah malah terus aktif mengadakan pelbagai acara di sekolah. Saya
benar-benar jadi tebal muka. SEgala umpatan dan sindiran saya kesampingkan. Saya
tahu,budak-budak tidak suka saya kerana ketika itu saya seorang yang agak
garang. Mereka panggil saya,"Akak Six Muka Cenge". Perkara paling manis
ialah berjaya membawa Pertubuhan Silat Gayong membuka cawangan di sekolah
saya. Dan saya juga berjaya melobi Pejabat Pendidikan Negeri supaya mengadakan
Hari Membaca Peringkat Negeri di sekolah saya. Saya hampir menangis apabila
pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana membantu sekolah. Namun
perkara yang paling saya tidak dapat lupakan sehingga ke hari ini adalah satu
peristiwa yang aneh, apabila seorang pelajar Tingkatan 4 menyampaikan pesanan
kepada saya supaya berjumpa seseorang di kantin sekolah pada waktu petang. Di
kantin saya lihat ramai orang. Tiba-tiba Win Cun menarik tangan saya ke tengah
kantin. Saya hanya tersenyum,sebab saya tahu memang hari itu hari jadi
saya. Mereka telah buat satu majlis hari jadi khas untuk saya! Tiba-tiba seorang
pelajar lelaki yang bertutup muka dengan kain hitam datang dengan membawa
sebiji kek besar sambil dipimpin oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5. Saya kenal
mereka adalah murid-murid Silat. Apabila kek diletakkan di hadapan saya, mereka
membuka tutup kepala pelajar yang membawa kek tadi. Anda tahu siapa dia?
Dialah
yang melemparkan bungkusan air sirap ke muka saya!
"Kak, saya
minta maaf pasal kejadian hari tu, waktu itu saya memang bodoh . . . akak maafkan
saya ye?"
Saya
benar-benar terkedu ketika itu. Waktu ini saya benar-benar menangis. Betapa sikap
degil saya tidak mempedulikan segala gangguan dari pelajar itu memberi kesan
dihatinya. Dia telah menyertai pertubuhan silat yang saya usahakan dan ini telah
mematangkan sikap dan personalitinya.
Apabila
saya berada di tempat saya pada hari ini,baru saya sedar betapa sukarnya
menjadi ahli sejarah, lebih-lebih lagi sejarah negara sendiri yang pecah
berkeping-keping. Sejarah yang dijajah,dijarah dan dipalsukan. Apabila saya
beritahu tentang kebenaran sejarah, adakalanya saya dihina dan dicemuh oleh
orang yang selesa dengan jatidiri yang diciptakan penjajah untuknya.
(suasana
hening seketika)
J: Sejarah
Melayu Nusantara terpecah kepada dua. Ini yang ingin disampaikan di dalam siri
ini. Pertamanya ialah Proto Mala yang memang sedia ada di Nusantara. Proto Mala
ini memang misteri namun kehadirannya dapat dikesan dalam bahasa Melayu,tulisan
Rencong dan catatan-catatan bangsa purba lain. Siri ATBM yang mendedahkan
tentang kaitan bangsa Phoenicia (Kanaan) dan Mesir Purba dengan budaya Melayu
Nusantara adalah kunci kepada teka-teki ini. Raja Perehu dan isterinya Hati
adalah keturunan Proto Mala. Apabila Nabi Allah Ibrahim Alayhis Salam tiba ke Nusantara untuk
berdakwah, baginda membawa sekali budaya Phoenicia dan tulisannya sekali. Sebab
itu ada tulisan Rencong. Tulisan-tulisan Phoenicia ini digunakan untuk
menuliskan ajaran Ibrahim atau Brahma dalam tradisi Avestan Purba. Dari sini
muncul gaya tulisa Brahmi, yang digunakan untuk menuliskan kitab-kitab
Veda. Kemudian Dravidian (Tamil, Telegu, Malayalam dll) mencedoknya. Kemudian
barulah kaum-kaum Asia Tenggara seperti Burma, Tai dan Khmer mencedoknya. Kita
juga ada versi dari Brahmi ini iaitu Kawi dan Aksara. Nabi Allah Ibrahim Alayhis Salam telah
mengambil seorang puteri dari Nusantara sebagai isterinya. Puteri Mayang
Mengurai ini punya gelar diraja dan 'ensign' bagi dinasti diraja ini adalah
lambang 'Naga' atau 'Ular Besar'.
Dari perkahwinan
Nabi Allah Ibrahim Alayhis Salam dengan Puteri Mayang Mengurai (Keturah, panggilan di Sumeria dan
Judah) inilah lahirnya satu ras baru yang lebih bijak dan maju (advance) iaitu
Deutro Mala.
INILAH
INTIPATI SIRI ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU.
S: Jadi
siapakah Melayu pada hari ini? Adakah orang Jawa itu Melayu?
J: Deutro
Mala tiba dari utara semenanjung. Ketika itu Nusantara telah ada Proto
Mala.Indochina ketika itu diduduki oleh Proto Mala. Ketika itu belum wujud lagi
orang Tai dan Dai-Viet. Apatah lagi Siam Sam-sam (Srikandi tersenyum kecil). Yang
ada mungkin sebahagian kecil aborigine Kecinaan seperti Mon atau Pyu. Boleh juga
saya katakan bahawa Deutro Mala itu dahulunya tinggal di Indochina. Jika kita
angguk-angguk geleng-geleng dengan Teori Melayu Berasal dari
Palembang/Sumatera, MANA NAK CAMPAK ORANG CHAM? Orang Cham ini (dahulu
menetap di pesisir pantai Vietnam dan sebahagian Kemboja) adalah benar-benar
rumpun Melayu. Bahasa Cham adalah SATU BENTUK BAHASA MELAYU PURBA. Anda
tahu asal kata 'Orang'? Ini berasal dari kata 'Uran' yang ditemui pada
prasasti-prasasti Cham Kuno.'Uran Utan' sebagai contoh adalah kata Melayu Kuno
merujuk kepada "orang Hutan' dalam bentuk moden. Dari semenanjung barulah
Deutro Mala ini bergerak ke pulau-pulau sekitarnya termasuk Sumatera. Mereka
bercampur dengan Proto Mala. Di Tanah Jawa tidak dinafikan telah ada suku-suku
Proto Mala ini. Percampuran Deutro Mala dan suku-suku Proto Mala di Jawa
menghasilkan etnik Jawa pada hari ini.
DEUTRO MALA INILAH MERUPAKAN NENEK MOYANG KEPADA MELAYU MODEN PADA HARI INI.
Melayu Riau, Deli, Aceh, Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Pahang, Terengganu, Bugis dan sebagainya adalah contoh warisan Deutro Mala yang pekat Kemelayuannya. Di Tanah Jawa terutama di wilayah tengah agak kurang 'rasa Melayunya' kerana ia adalah percampuran Deutro Mala dan Proto Mala. Jadi ada percampuran darah di sini. Namun dengan adanya orang Sunda yang punya budaya bercampur antara Kejawaan dan Kemelayuan, menunjukkan bukti percampuran Deutro Mala dan Proto Mala di Tanah Jawa. Namun Melayu semenanjung adalah benar-benar Deutro Mala asli. Sebab itu saya bahagikan kaum-kaum Nusantara kepada 3 bahagian:
1. Mala-Polinesia: Kaum-kaum
Deutro Mala yang terbuka sifatnya dan tinggal di pesisir pantai.Profesion
mereka adalah perdagangan maritim.Mereka banyak tinggal di semenanjung,Sumatera
dan pulau-pulau lain.
2. Mala
KeJawaan: Kaum-kaum Nusantara yang bercirikan budaya Kejawaaan dari induk di
Tanah Jawa.
3. Mala
aborigine: Proto Mala yang tertinggal dari arus kemajuan. Mereka masih
mengamalkan carahidup dan kepercayaan lama. Mereka tidak bercampur darah dengan
Deutro Mala dan terasing dari perubahan. Orang Asli, Jakun dan Dayak adalah
contoh aborigine.
Deutro
Mala dahulunya tinggal di Indochina.Mereka ada yang sampai ke YUnnan. SEbab itu
ada teori yang mengatakan Melayu berasal dari Yunnan. SEbenarnya bukan Melayu
itu dari Yunnan, tetapi populasi mereka ada yang sampai ke Yunnan (Yunnan
terletak di selatan China dan bersempadan dengan IndoChina).
Macam orang Melayu
Johor. Kita tahu di Singapura juga ada Melayu, namun adakah orang Melayu berasal
dari Singapura?
SElepas etnik-etnik Cina yang kalah dan dibuli oleh etnik-etnik
yang lebih gagah dan menang perang bergerak beramai-ramai ke selatan, Deutro
Mala ini makin terdesak dengan migrasi yang mendadak ramai ini. Dahulu bukan ada
peraturan Pendatang Tanpa Izin. Kaum-kaum Kecinaan ini mendadak bermigrasi ke
Indochina dalam jumlah yang besar akibat dihalau oleh etnik seperti Han dan
Monggol. Akhirnya Deutro Mala ini terdesak berpindah lebih ke selatan atau ke
pulau-pulau sekitar Kepulauan Melayu.
Oleh itu
jika kita ingin beritahu anak kita yang bertanya,
Katakan padanya, orang Melayu dahulu bina Angkor Wat dan Cham Tower. Namun semua itu sudah berada di dalam wilayah orang lain, dan jadi hakmilik orang lain. Tahukah anda di satu sudut di dalam Angkor Wat, terdapat ukiran dua orang gadis berpakaian kebaya! Senibina Angkor Wat adalah senibina warisan Funan. Orang Melayu juga telah bina Borobudur yang merupakan satu keajaiban. Jika orang Khmer berbangga dengan Bayon dan Angkor Wat yang punya panel relief yang banyak, di Borobudur lebih banyak panel relief ini malah seluruh Borobudur itu sendiri semacam satu bangunan galeri yang mempamerkan lukisan-lukisan! Adakah Borobudur semata-mata dibina oleh orang Jawa? Majapahit?
SALAH SAMA SEKALI!
Borobudur dibina ketika era Srivijaya, jauh sebelum muncul Majapahit. Ketika itu Tanah Jawa dibawah pengaruh Srivijaya. Borobudur dibina oleh dinasti Sailendra yang berasal dari Sumatera. Dan istimewanya dinasti ini ada kaitan dengan pengasas kerajaan Angkor, Jayavarman II. Jayavarman II inilah yang membawa budaya dan senibina Sailendra-Srivijaya ke Kemboja. NAMPAK TAK DI SINI RAJA-RAJA DI ASIA TENGGARA ADA HUBUNGAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN SEPERTI RAJA-RAJA EROPAH.
S: Bukankah
itu semua adalah kuil Hindu dan Buddha? Nanti ada pihak yang kata Srikandi
mengagungkan sejarah Hindu-Buddha.
J: Ya, namun
itu semua adalah hasil karya Bani Jawi sebelum di anugerahkan hidayah
Allah. Kita bukan hendak membincangkan tentang isu agama, namun topiknya di sini
adalah pencapaian dan tamadun orang Nusantara, TIDAK KIRA SEBELUM ISLAM DAN
SELEPAS MENERIMA ISLAM. Ini yang penting. Adakah kerana ia adalah kuil Hindu
dan Buddha, maka kita tidak mengaku ia adalah SENIBINA MELAYU PURBA? FIKIRKAN
MENGAPA KUIL-KUIL FIRAUN DI MESIR TIDAK DIMUSNAHKAN OLEH TENTERA ISLAM YANG
MENAKLUK MESIR. Mengapa Amru bin Al-'Ash, seorang sahabat nabi yang berjaya
menakluk Mesir tidak memusnahkan kuil-kuil Mesir ini? JIka mereka memusnahkan
piramid dan segala senibina Mesir Purba ini, sudah tentu kita tidak akan mengenal
siapa Raja Perahu dan Permaisuri Hati.
Sejarah
tetap sejarah,namun bagaimana kita bertindakbalas dengan sejarah itu ADALAH
PERKARA TERPENTING. Daripada binaan-binaan ini kita tahu bahawa kita ada
kemampuan dalam senibina. Namun dari sejarah juga kita tahu bahawa nenek moyang
kita mengambil pilihan yang tepat dalam menerima ISLAM sebagai cara hidup
walaupun ketika itu zaman Imperialis telah tiba dan kita tidak sempat
membangunkan binaan berciri ISLAM dengan banyak kerana banyak tenaga dan masa
dihabiskan untuk menentang penjajah.
J: Srivijaya ialah sebuah empayar maritim bersifat penguasaan perdagangan. Pelabuhan-pelabuhan terbaik di sekitar Kepulauan Melayu berada dalam naungan Srivijaya. Setiap negarakota, pelabuhan dan negeri yang bernaung di bawah Srivijaya bebas memerintah dan mentadbir wilayah masing-masing. Namun bila-bila masa balatentera Maharaja akan memantau aktiviti perdagangan di selat Melaka dan sekitar Kepulauan Melayu. Kedah Tua, Langkasuka, Gangga Negara dan Gelanggi adalah antara wilayah naungan Srivijaya. Konsep 'Federation' dalam Srivijaya berbeza dengan konsep Emperium China terhadap negeri-negeri naungannya. Maharaja China tidak berhak mengambil kekayaan Melaka contohnya namun Melaka membenarkan pedagang China berdagang di pelabuhan Melaka. Namun Maharaja Srivijaya mengenakan cukai ke atas pelabuhan-pelabuhan Nusantara menjadikan Srivijaya antara empayar terkaya di Timur Jauh. Ini ada dalam catatan pengembara Cina dan Arab.Malah Empayar Srivijaya pernah menggunakan matawang emas sebagai transaksi perdagangan.
*Prasasti tulisan Rencong
S: Sejak bila empayar ini muncul?
S: Sejak bila empayar ini muncul?
J: Srivijaya
adalah 'The Lost Empire' yang hanya diketahui oleh masyarakat Nusantara pada
abad ke-20 selepas usaha-usaha penyelidikan dari Barat dan tempatan diusahakan
termasuk perbandingan dengan rekod-rekod China dan Arab. Pendapat yang popular
yang mengatakan empayar ini bermula sejak abad ke-7 adalah kerana lawatan
seorang sarjana dan sami dari China, I-Tsing yang menetap di salah sebuah kota
empayar ini untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan agama Buddha.
Seterusnya
ditemui juga pada abad ke-9 catatan-catatan pengembara Arab yang melawat Zabaj
(Srivijaya) ketika itu. SEbenarnya empayar ini telah lama wujud jauh sebelum
abad ke-7 Masehi dan di mana para pengkaji masih berselisih pendapat tentang
bilakah empayar ini ditubuhkan. Ada yang mengatakan seawal 3 Masehi dan ada yang
berpendapat kerajaan ini sudah ada sekitar 1 Masehi.
Maharaja Srivijaya yang
terawal dikenal adalah Dapunta Hyang Sri Jayanasa, itupun kerana ditemukan
namanya pada Prasasti Kedukan Bukit dan prasasti-prasasti yang lainnya. I-Tsing
juga dikatakan menemui maharaja ini.
Jika ketika itu catatan pengembara China
ini menunjukkan bahawa Srivijaya adalah satu kerajaan yang kaya dan makmur maka
sudah tentu Srivijaya telah wujud lebih lama dari saat I-Tsing menjejakkan kaki
ke Nusantara. Satu empayar yang sudah mewah dan kukuh seperti itu sudah tentu
telah melalui jangka masa yang lama untuk bangkit. Kewujudan empayar ini
ditimbulkan oleh sarjana Perancis, George Coedès sekitar 1918. Di mana sarjana
Belanda dan Inggeris yang menjajah Nusantara? Adakah mereka benar-benar tidak
tahu kewujudan empayar ini? KITA KENA FAHAM SEBARANG PERKARA YANG MENAIKKAN
SEMANGAT, JATIDIRI DAN IDENTITI AKAN MENYUKARKAN HEGEMONI IMPERIALIS. JIka
rakyat Hindia Timur (nama lama Indonesia ketika era penjajahan) sedar tentang
kegemilangan mereka dahulu maka ini mungkin akan membangkitkan jatidiri dan
semangat nasionalis mereka. Jadi sebenarnya kewujudan empayar ini telah lama
diketahui oleh pihak Belanda namun sengaja disenyapkan.
Baca catatan seorang
sarjana Belanda yang ikut bersama-sama tentera Belanda yang menyerang istana
Raja Lombok, di mana tentera Belanda dikatakan telah membakar perpustakaan
istana yang menyimpan rekod-rekod penting sejarah Nusantara.
Manuskrip-manuskrip
daun lontar yang jumlahnya mencapai ratusan musnah begitu sahaja. Antara yang
sempat diselamatkan ialah Negarakertagama, yang menceritakan tentang Hayam Wuruk
dan Majapahit. Itupun telah disimpan Belanda sehinggalah pada tahun 1973, naskhah
asli kitab ini diserahkan kepada kerajaan Indonesia ketika kunjungan ratu
Belanda, Juliana Louise Marie Wilhelmina van Oranje-Nassau. Adakah isi
perpustakaan Raja Lombok Cakranegara telah terbakar habis? TIDAK SAMA SEKALI.
SEBENARNYA PIHAK BELANDA TELAH MENGANGKUT SEJUMLAH BESAR KHAZANAH MANUSKRIP NUSANTARA SEPANJANG PENJAJAHAN MEREKA DAN KINI TERSIMPAN KEMAS DI UNVERSITI LEIDEN DAN LAIN-LAIN.
S: Jadi pada pandangan Srikandi,bilakah wujudnya
Srivijaya?
J: Empayar ini telah wujud sekitar ratusan tahun
sebelum Masehi, secara peringkat demi peringkat. Bermula dari sebuah negarakota
kecil,mereka telah menakluk sedikit demi sedikit Nusantara. Pada awalnya
pemerintahan mereka berpusat di semenanjung, kemudian berpindah ke
Sumatera, kerana mudah mengawal selat Melaka. Ketika I-Tsing sampai ke kota
Srivijaya, empayar ini telah berpusat di Sungai Musi berdekatan Bukit
Siguntang. Ingat lagi perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun? Demang Lebar
Daun inilah antara maharaja Melayu Srivijaya yang tersembunyi dalam sejarah.
S: Menarik, Demang Lebar Daun adalah watak yang
misteri dalam Sejarah Melayu. Berkenaan Sungai Musi dan Sumatera, ada teori yang
mengatakan orang Melayu berasal dari Sumatera. Apa pandangan Srikandi?
J: (Srikandi tersenyum kecil,dan melemparkan
pandangan ke arah pantai Caribbean) Tidak sudah-sudah dengan teori yang kurang
berpelajaran. Anda tahu apa tujuan orang-orang kurang cerdik ini buat
teori-teori mengarut ini?TUJUANNYA SUPAYA UNTUK MENGATAKAN BAHAWA ORANG
MELAYU BUKAN PENDUDUK ASAL SEMENANJUNG. Setengahnya mereka-reka bahawa orang
Melayu berasal dari Yunnan, yang lain mengatakan dari Taiwan dan yang lain pula
mengatakan dari Sumatera pula. Yang mana satu betul ini? JIka anak-anak Melayu
angguk-angguk geleng-geleng dengan semua teori dungu ini saya tidak hairan satu
hari nanti mereka mungkin mengatakan bahawa orang Melayu berasal dari sukukaum
alien dari Planet Zargus (Srikandi ketawa kecil).
Orang Melayu telah lama menetap di
semenanjung, malah dahulu sempadan populasi Melayu sampai ke Indochina .Lama
sebelum kerajaan Majapahit muncul, telah ada kerajaan Funan dan Champa. Ini
adalah benar-benar kerajaan yang didirikan oleh rumpun Melayu. Siapa orang
Aceh? Mereka adalah keturunan Champa yang bermigrasi dari tempat asal mereka
akibat perluasan kuasa oleh raja-raja Dai-Viet. Bayangkan dari Vietnam mereka
berlayar sehingga ke Sumatera. JADI SEKALI LAGI, ORANG CHAM TELAH MENYELAMATKAN
KITA.
Perpindahan orang Cham ke Sumatera adalah bukti bahawa orang Melayu telah
sedia ada di tanah besar. Sukukaum-sukukaum Kemelayuan memang dari ras yang
terbuka, cepat mesra dan berdiri di atas interaksi bersifat antarabangsa. SEbab
itu mereka cepat membina empayar jauh terlalu lama sebelum giliran sukukaum
Jawa di Tanah Jawa membina empayar kebanggaan mereka, Majapahit.Raja-raja
Majapahit itu sendiri bukanlah semuanya berdarah Jawa asli.
S: Apa maksud anda?
J: Mari kita belajar sejarah Majapahit. Ketepikan
sikap dungu sesetengah orang seberang yang buta sejarah. Saya akan bukakan
rahsia sebenar BUAH MAJA YANG PAHIT. Hanya waris berdarah BUAH MAJA
YANG PAHIT tahu rahsia keturunan mereka.
Pengasas Majapahit, Raden Wijaya adalah
anak kepada Rakeyan Jayadarma dan Dyah Lembu Tal. Rakeyan Jayadarma adalah anak
kepada pemerintah kerajaan Sunda Galuh manakala ibunya, Lembu Tal adalah
berdarah kerabat Singhasari.
Jadi dari sini kita tahu bahawa Raden Wijaya adalah
berdarah campuran Sunda-Jawa. Raden Wijaya mempunyai 5 orang isteri di mana
4 darinya adalah puteri Kertanagara, raja terakhir dinasti Singhasari yang
dibunuh oleh Jayakatwang, seorang gabenor sebuah wilayah naungan Singhasari yang
memberontak.
Saya tidak mahu sentuh 4 orang isteri berdarah kerabat diraja
Singhasari ini, saya mahu sentuh tentang seorang lagi isteri Raden Wijaya, kerana
dia adalah satu-satunya isteri pengasas Majapahit itu yang MELAHIRKAN ANAK
LELAKI.
Dia bernama Dara Petak. Anda
tahu siapa Dara Petak ini? Dia adalah puteri kepada Srimat Tribhuwanaraja
Mauliawarmadewa, raja kerajaan Dharmasraya, penyambung dinasti kerabat Srivijaya
yang masih tinggal setelah empayar Srivijaya berpecah. Dara Petak adalah
berdarah Melayu dinasti Malayu Dharmasraya, tinggalan Srivijaya. Ketika kunjungan hormat Singhasari ke Dharmasraya, rombongan Kertanagara telah menghadiahkan Arca Amoghapasa, satu arca seni yang dibuat khas sebagai persefahaman diplomatik. Ekspedisi ini sering digelar sebagai Pamalayu dan disalahtafsir sebagai 'Perang ke atas Malayu'.
Ini adalah tafsiran yang kurang tepat kerana bagaimana Kertanagara boleh menghantar satu arca yang tinggi seninya dalam masa mahu berperang? SEBENARNYA KERTANAGARA MAHU MENYATUKAN KERAJAAN-KERAJAAN SUMATERA BERSAMA SAMA MEREKA MENGHADAPI SERANGAN MONGGOL YUAN. Tanpa sokongan balatentera dari kerajaan-kerajaan Nusantara lain, susahlah Singhasari mahu menghadapi tentera Monggol yang terkenal amat ganas.
SEbagai balasan raja Malayu Dharmasraya telah menghantar 2 orang puterinya, Dara Jingga dan Dara Petak untuk dijadikan sebahagian keluarga kerabat diraja Singhasari untuk mengeratkan hubungan baik antara 2 kerajaan. Dara Petak berkahwin dengan Raden Wijaya,menantu Kertanagara yang kemudiannya mengasaskan Majapahit.
Dari perut Dara Petak, lahirlah satu-satunya zuriat lelaki Raden Wijaya, iaitu Jayanagara dan dia inilah maharaja kedua Majapahit setelah ayahnya meninggal dunia. Jadi maharaja kedua Majapahit ialah dari keturunan Melayu-Jawa.
Dara Jingga pula berkahwin dengan seorang pendeta yang dihormati. Dari perkahwinan ini lahir Adityawarman yang kemudiannya menjadi jeneral perang Majapahit dan kemudiannya menubuhkan kerajaan Pagar Ruyung atau nama lamanya Malayapura (Kota Melayu). Dalam sejarah Bali pula, seorang anak Dara Jingga ini menurunkan keturunan raja-raja Tabanan dan Badung.
Hmm . . . seorang keturunan Melayu-Jawa menjadi asal-usul raja-raja Bali. SEbab itu orang Melayu dan Jawa berkongsi budaya dan langgam bahasa kerana dahulu nenek moyang kita berhubungan di antara satu-sama lain, bukan hanya duduk di kampung bagai katak di bawah tempurung. Jadi jika darah Melayu sudah ada pada raja-raja Bali, adakah mereka tidak ada kena mengena dengan keris Bali, silat, batik dan tariannya sekali? Ini bukan rakyat biasa, ini keturunan raja-raja.
S: Menarik sungguh cerita raja-raja Nusantara
dahulukala ya!Nampaknya mereka ini mengamalkan perkahwinan campur untuk
menghasilkan ras diraja yang unik dan terbaik.
J: Ya,kita tidak boleh menyebutkan sejarah
Majapahit tanpa menyebutkan peranan Sumatera,kerana tanpa Sumatera,orang-orang
di Tanah Jawa tidak mampu membina empayar. Raden Wijaya berdarah Sunda-Jawa dan
anak lelakinya berdarah Melayu-Sunda-Jawa. Sepupu Jayanagara,Adityawarman (dari
sebelah Dara Jingga) adalah jeneral perang Majapahit dan bersama-sama Gajah
Mada menawan wilayah-wilayah seperti Madura, Bali dan juga Sumatera. Perkahwinan
campur begini menghasilkan keturunan yang bijak pandai. Mereka pandai
berdiplomasi dan berinteraksi antara sesama etnik Nusantara jadi ini memudahkan
mereka membina empayar kekuasaan.
Jika raja-raja Nusantara ini bersikap dungu
seperti bapak-bapak Indonan yang masih hingusan dengan sikap berpecahbelah
sesama rumpun Nusantara, nyawa Srivijaya dan Majapahit tidak akan lama
memerintah. Mungkin 4-5 tahun terus jatuh kerana tidak bersatu-padu.
Ada yang
mahu berperang dengan saudara serumpun mereka dari Malaysia semata-mata
berebutkan kain batik dan tarian padahal Cina Singapura yang acapkali menipu
bapak Indonan ini dengan mencuri air dan 'mengancam' Indonesia tidak pula
sibuk-sibuk mahu mengacu-ngacukan buluh runcing kepada Singapura. Takut? Takut
dengan kuasa militer Singapura? MANA DIA JIWA BERANI GAJAH MADA DAN KERTANAGARA
DALAM JIWA-JIWA PAK INDONAN INI? Kertanagara sanggup menghantar arca sebagai
tanda persefahaman dengan Dharmasraya dalam menghadapi Monggol, namun bapak
Indonan tidak mahu bersatu dengan kita untuk menghadapi ancaman tersembunyi
Singapura.
Saya pernah membaca satu artikel seorang wartawan Indonesia yang
menganalisis hubungan antara Singapura dan Indonesia. Alangkah sedihnya saya
betapa negara sebesar Indonesia mampu diperkotak-katikkan oleh negara sekecil
Singapura. Bapak Indonan lebih suka melompat-lompat terkinja-kinja memegang
buluh runcing sambil menjerit "ganyang Malaysia" saudara
serumpun, sebudaya, sebahasa dan seagama dengan mereka dari mengambil tahu betapa
Indonesia dibuli oleh Singapura secara senyap.
Orang Singapura yang mencipta video Tarian
Pendet, bapak Indonan pula menari tarian Buluh Runcing secara tiba-tiba bagai
dirasuk hantu Belanda. Begitu pelik penyakit mereka yang termakan racun
Belanda. Padahal jika Indonesia dan Malaysia bersatu, mereka akan kembali menjadi
harimau-harimau ekonomi sepertimana era Suharto-Mahathir dahulu.
Zionis
Singapura campak racun di tanah, pak Indonan berebut-rebut menjilat racun itu sambil
terkinja-kinja mahu ganyang Malaysia. Bila orang Malaysia dan Indonesia bergaduh
berebut baju dan tarian, yang bertepuk tangan adalah Zionis Singapura.
Sedih sungguh mendengar kedua-dua rumpun ini
berebut tarian dan baju batik,namun sejuk mata saya apabila melihat Presiden
Indonesia mengadakan kunjungan hormat ke Malaysia dan bertemu dengan Sultan
Mizan. Kedua-dua mereka beramah mesra dengan masing-masing memakai songkok.
S: Ini ada soalan yang agak sensitif bagi
sesetengah orang. Apabila membaca artikel 'Dilema Melayu dan Siam', nampaknya
Srikandi menyerang habis-habisan Anai-anai. Apa sebenarnya yang berlaku?
J: (Srikandi tersenyum sambil mencebikkan bibir)
Saya hanya mengusik Anai-anai sahaja. Namun di hati
kecil saya, saya tetap menghormati beliau lebih-lebih lagi Nai Long Kassim yang
usianya sekitar usia bapa saya. Saya tiada masalah dengan teori salasilah
Ayutthaya beliau namun saya terpanggil untuk tampil menjawab kekeliruan beliau
yang di tahap kronik apabila merapu-rapu tentang asal-usul Melayu. Teori
Anai-anai mengatakan bahawa orang Melayu itu berasal dari Xian, di tengah
China!
Ini amat melucukan dan benar-benar menggeletek kedua buah pinggang saya
(Srikandi ketawa kecil) SEbenarnya lagi jauh Anai-anai merapu dengan teori
Melayunya, lagi seronok saya mengusiknya. INI KERANA KELEMAHANNYA MULA
MUNCUL APABILA MEMBINCANGKAN ASAL-USUL MELAYU DALAM KERANGKA TEMPURUNG SIAM
CIPTAANNYA. JIka Anai-anai tidak memandai-mandai merapu pasal
Melayu, teorinya boleh jadi benar. Ini kerana ramai orang tahu sejarah raja-raja Thai
yang banyak palsu dan menyeleweng.
J: Peta-peta tidak berguna itu? Useless!Peta itupun dilukis oleh orang Eropah. Orang Perancis yang melukis Peta Siam tahun 1730 itu menyangka kerajaan Ayutthaya amat besar. Ini kerana mereka melukis peta itu selepas melawat Ayutthaya. Bagaimana dengan peta semenanjung Melaka itu?
Pelukisnya yang kemungkinan pengembara Portugis melukiskan peta itu apabila melawat Melaka dan menganggap seluruh semenanjung di bawah kekuasaan Melaka.
Saya sudah tegaskan bahawa terma 'Siam' hanya muncul ketika era Ayutthaya. SEbelum era itu kita masih kabur dengan status orang Siam ini, mungkin kelompok-kelompok etnik-etnik Kecinaan yang menjadi pendatang di Indochina sepertimana orang Tai. Anai-anai dengan angkuhnya mengatakan Melayu itu di bawah rumpun Siam. Saya ingin bertanya sekali lagi, WUJUDKAH RUMPUN SIAM INI? Apa kata bapak Indonan pula? Adakah bapak Indonan bersedia untuk mengaku Siam? (Srikandi ketawa sinis).
S: Bagaimana dengan UUK? Cerita tentang adat Siam
ada disebut dalam kitab itu.
J: Itu hanya silap faham Anai-anai mentafsir
UUK. Anai-anai mendakwa raja-raja Melayu beradatkan raja-raja Siam, atau dengan
kata lain mencedok budaya Siam. Ini adalah tafsiran yang dangkal dan bersifat
komik Naruto. Saya petik ayat dalam UUK itu di mukasurat 36:
"Fasal pada menyatakan adat raja-raja yang
besar yang dahulu-dahulu itu jika bergelar Paduka Seri Perdana Menteri
Mangkubumi. Demikianlah zaman raja-raja dahulu. Pada adat raja-raja di benua Siam
gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan"
Anai-anai terkeliru apabila menyangka adat
raja-raja Melayu berasal dari adat raja-raja Siam apabila membaca sepintas lalu
perenggan ini. Nampaknya Anai-anai gagal memahami laras Bahasa Melayu
Klasik. Ayat ini menjelaskan tentang adat raja-raja jika membawa gelaran Paduka
Seri Perdana Menteri Mangkubumi. Selepas itu diterangkan bahawa DI
NEGERI SIAM,PROTOKOL INI DIGELAR SEBAGAI CAU PHAYA KERSAN MENGIKUT BAHASA SIAM.
Ini sama seperti jika saya bagi contoh:
"Ini adalah fasal yang menyatakan
undang-undang Larangan Merokok. Demikianlah pada zaman itu. Pada tradisi
undang-undang di sebelah negara-negara Barat pula undang-undang ini dipanggil
Smoking Ban dalam bahasa Inggeris"
Maksud saya perenggan ini
menerangkan protokol yang sama namun dipanggil dengan bahasa berbeza. Itu
sahaja. Mana datangnya teori mengarut pula adat Melayu berasal dari adat Siam
berdasarkan perenggan ini.
Selepas itu penyakit Sam-samnya semakin tenat apabila
mendakwa dia langsung tidak menemui kata 'Melayu' dalam UUK. Saya petik
dakwaaannya dalam artikel Renungan terbit pada April 2008 di ruangan komen:
"JIka serumpun, disatukan, rumpun Siamlah
kita ini sebab raja-raja daerah kita mengamalkan adat istiadat raja siam. Hari
ini raja daerah dah jadi Sultan negeri. Perkataan ‘Melayu’ ini saya belum jumpa
lagi dalam Undang-Undang Kedah walau pun ia bahasa pengantar Undang–Undang
kedah. Kebaikkan tu banyak lah, antaranya menjelaskan semula sejarah kita.
Saya
mengaku saya dari rumpun siam. Ramai penduduk dari kedah ini adalah dari rumpun
Siam dan mengaku bahawa datuk dan nenek mereka dahulu boleh bertutur dalam
bahasa Siam, bukan bahasa thai.
Ada yang berasal dari Patani, Yala, Phuket (nama
lamanya, Hujung Salang) dan Trang. Di sebelah Yan pula, mereka dari rumpun
Acheh seperti Datuk Sanusi Junid, pembaca berita TV3 Yushanani Yushak berasal
dari Yan, Kedah. Sementara itu, kenalan saya dari Selangor, ramai dari rumpun
Jawa. Namun begitu, bagi kami bekas ikatan utamanya, Siam dan bukannya
melayu"
Perhatikan pada bahagian yang mengatakan dia belum
jumpa lagi perkataan 'Melayu' di UUK. Ini pembohongan atau lawak jenaka ditahap
komik Ujang dan Apo. Padahal pada mukasurat yang sama di UUK ada menyebut kata
'bahasa Melayu'. Saya petik perenggan seterusnya:
"Maka pada zaman raja Johor keturunan
daripada anak cucu Sultan Iskandar itu diubah pula digelar mangkubumi itu
Paduka Seri Maharaja. Maka pada bahasa Melayu bendahara itu panglima
negeri . . ."
Di mukasurat yang sama, selepas perenggan adat
Siam, diikuti pula perkataan 'Melayu'. Jadi apa yang menyebabkan Anai-anai begitu
mamai sampai tidak perasan perkataan 'bahasa Melayu' ini?
S: Agak menghairankan penulisan blogsejarahnagarakedah ini. Apa tujuan Anai-anai sebenarnya?
J: Jangan tanya saya pasal
tujuan dia menulis blog itu, tapi jika anda bertanya mengapa Anai-anai
meleret-leret sampai ke asal-usul Melayu, saya boleh jawab, SEBENARNYA
ANAI-ANAI INGIN MENSIAMKAN SEMUA ORANG MELAYU. JIka semua orang Melayu
merasakan mereka berasal dari orang Siam maka secara tidak langsung orang
Melayu akan tertunduk-tunduk, tertabik-tabik dan merendahkan kepala di hadapan
Anai-anai. Orang Melayu akan dipaksa secara halus untuk memanggil Anai-anai
sebagai 'Yang Mulia Anai-anai'. S: Agak menghairankan penulisan blogsejarahnagarakedah ini. Apa tujuan Anai-anai sebenarnya?
Anai-anai adalah keturunan raja-raja Siam Ayutthaya yang menjajah Melayu. Jadi orang Melayu hari ini kena tunduk hormat dengan keturunan Anai-anai kerana orang Melayu hanya salah satu sukukaum dalam rumpun Siam. Rumpun Siam ini termasuk orang Jawa, Sunda, BUgis, Minang, Aceh dan sebagainya.
Maka Anai-anai berhak menuntut takhta kerajaan Malaysia dan Indonesia kerana katanya Ayutthaya dahulu menguasai seluruh Nusantara. Tiada Majapahit dan Srivijaya. Semuanya khayalan. Yang benar ialah Siam Ayutthaya Traikolanat Wat Pat Pat Sikulipatsiapacepatdiadapat. Orang Melayu hanya mencedok budaya Siam Sam-sam ini. Orang Melayu adalah pendatang dari Xian.
Kemudian orang Melayu jadi rakyat bawahan Siam Ayutthaya. Kemudian orang Melayu berkerjasama dengan Tai dan Inggeris menjahanamkan orang Siam ini sehingga hilang takhta dan wilayah. Orang Melayu perampas takhta raja-raja Siam ini. Inilah cerita Dragonball versi Siam di bawah arahan Anai-anai. Menarik kan?
S: Jadi yang manakah betul rumpun Melayu atau
rumpun Siam?
J: Untuk mengetahui yang mana betul, kita lihat apakah
bahasa yang benar-benar berkuasa menjadi bahasa penyatuan Nusantara. Adakah anda
dan saya ini sekarang bercakap bahasa Siam Ayutthaya? Raja-raja Melayu juga
pernah diburu, dijatuhkan dari takhta atau ditakluk. Namun bahasanya tetap
menjadi lingua franca Nusantara, bukti kerajaannya pernah menjadi
empayar. Raja-raja Ayutthaya juga diburu namun siapa yang mahu bercakap bahasa
Siam? Raja-raja Ayutthaya ini sendiri mengharapkan orang-orang Melayu membantu
mereka dari kejaran askar Thai. Jadi akhirnya mereka terpaksa belajar bahasa
Melayu dan menjadi orang Melayu. JIka Ayutthaya pernah menjadi
empayar, sekurang-kurangnya bahasanya tetap kuat sampai ke hari ini. Sepertimana
negara-negara Amerika Latin seperti Mexico dan Brazil yang masih berbekas
bahasa Sepanyol di sana kesan penjajahan. Mesir kini berbahasa Arab padahal
sebelum menerima budaya Arab-Islam, orang Mesir ada bahasa dan tulisan
sendiri. Negara-negara Timur Tengah majoriti berbahasa Arab hasil perluasan
empayar-empayar Arab-Islam. Mengapa bahasa Inggeris begitu penting berbanding
bahasa Perancis pada hari ini? Ini kerana perluasan empayar imperialis
British. Jadi ini adalah kesan sosio-politik yang biasa. Bahasa Melayu senang
diterima sebagai bahasa penyatuan kerana ia adalah bahasa standard yang
digunakan oleh empayar-empayar Nusantara, terutamanya DISEBARKAN KETIKA
PEMERINTAHAN EMPAYAR MELAYU SRIVIJAYA.
Sejarah Melayu ada di Tanah Jawa, apatah lagi di
Sumatera. Sehingga pulau Bali sendiri pun berajakan darah Melayu.Anda tahu, tanpa
bantuan cucu Raja Malayu Dharmasraya, Gajah Mada pun tidak mampu menakluk
Bali. Jadi pada awal pembentukan Majapahit, orang Melayu dan Jawa bekerjasama
membina empayar Nusantara. Sejarah Melayu juga ada di Kalimantan dan
Borneo. Adakah Brunei itu kerajaan Batak Karo atau Jawa atau Siam
Sam-sam? SEjarah Melayu ada di Thailand, Kemboja dan Vietnam. SEJARAH MELAYU
ADA DI MANA-MANA SAHAJA DI ASIA TENGGARA.
JIka benar Ayutthaya menjadi
'federation', raja-raja Ayutthaya mesti berdarahkan Melayu. BUkan semata-mata
Siam. Kita tidak pasti, adakah orang Siam Kedah ini berdarah campuran
Melayu-Mon, Melayu-Thai atau Melayu-Khmer. Ini kerana nama 'Siam' itu adalah
panggilan umum kepada sukukaum-sukukaum utara semenanjung, ringkasnya
Indochina. Hari ini orang Thai dan Siam Ayutthaya ini berebutkan nama Siam
ini. Nampaknya sekarang siapa yang terlalu panik mencari identiti? ORANG MELAYU
TETAP DENGAN KEMELAYUANNYA. Dan nama Melayu itu sendiri berjaya kekal sebagai
inti dalam nama sebuah negara. Mungkin benar sumpah Hang Tuah,"Tidak Melayu
Hilang Di DUNIA".
Adakah hari ini ada negara bernama Siam? Adakah
negara bernama Jawanesia, Sundanesia, Bugisesia atau sebagainya? Namun nama Melayu
tersembunyi dalam nama sebuah negara. Ini bukan masalah adakah orang Melayu
lebih hebat dari yang lain tetapi BUDAYA KEMELAYUANLAH YANG PALING KUAT
SEHINGGA MEMPENGARUHI BUDAYA ETNIK-ETNIK NUSANTARA. JIka orang Jawa hanya duduk
diam di dalam pulau Jawa tanpa berinteraksi dengan orang Sumatera dan
semenanjung, mungkin mereka hari ini hanya menjadi seperti kaum Batak atau
Toraja sahaja. Siapa yang bina Borobudur yang hebat itu? Siapa bina
Prambanan?Rakai Pikatan dari dinasti Sanjaya? Siapa permaisuri hati raja Sanjaya
Mataram itu? Rakai Pikatan yang dikatakan membina Prambanan berkahwin dengan
anak perempuan Samaratungga, MAHARAJA SRIVIJAYA.
Moralnya sekarang, kita berkongsi budaya yang sama
kerana raja-raja Nusantara bercampurgaul antara satu sama lain. Melayu kawin
Jawa, Jawa kawin Sunda, Sunda kawin Melayu dan seterusnya. Raja-raja ini memilih
berkahwin dengan putera-puteri luar adalah bertujuan menghasilkan baka
keturunan yang bijak pandai.
S: Jadi adakah benar-benar ada sukukaum Melayu?
J: Dimana sukukaum Melayu itu tinggal? Orang Sunda
tanahairnya di barat Jawa. Orang Madura di timur Jawa. Orang Jawa di tengah
Jawa .Orang Bugis di Kalimantan, Sulawesi dan Makasar. Orang Siam, Tai , Khmer dan
lain-lain sejarahnya hanya seputar di Indochina. Namun di manakah Melayu itu
jika benar-benar ada sukukaum Melayu? Jika saya katakan memang ada sukukaum
Melayu, maka ini bermakna tanahair sukukaum Melayu ini ADALAH MENCAKUPI
SEMENANJUNG, SUMATERA DAN BORNEO. Luas bukan?
Sebab itu saya bahagikan rumpun
Bani Jawi kepada dua subkategori; Kemelayuan dan Kejawaan (tidak termasuk Proto
Mala yang aborigine). Ini adalah Deutro Mala yang membentuk orang Melayu dan
orang Jawa pada hari ini. ORANG MELAYU DAN JAWA IBARAT 2 SAUDARA DARI SATU
INDUK.
Bukti kepada sejarah Kemelayuan yang agung adalah
bahasa Melayu. Mengapa bahasa ini tetap wujud dan menjadi bahasa persatuan
Nusantara? Sebab-sebab politik dan sosial sudah saya terangkan namun sebenarnya
terdapat satu rahsia lain.
S: Apa dia?
J: SEBAB DARAH DIRAJA EMPAYAR SRIVIJAYA MASIH
MENGALIR SEHINGGA KE HARI INI. Warisan dari maharaja Srivijaya ini adalah
Kesultanan Johor, Pahang dan Perak. Kita tahu bahawa salah seorang keturunan
Srivijaya ini telah membina kerajaan di Temasik (Singapura) selepas diancam
oleh Majapahit yang mula meluaskan kuasanya. Pernah dengar nama Sang Nila
Utama? Makamnya masih ada di Fort Canning, Singapura. Kemudian salah seorang
keturunannya iaitu Paduka Sri Maharaja (terkenal dengan panggilan Parameswara)
telah berpindah ke Melaka, membina kerajaan. Kita tahu cerita selepas itu. Setelah
kejatuhan Melaka, warisan Kesultanan Melaka masih berlangsung di Pahang
(Kesultanan Pahang berasal dari keturunan raja Melaka dan Bendarahara), di Perak
(Tengku Muzaffar Syah) dan Johor (Tengku Alauddin Syah). Jika diambilkira darah
keturunan Srivijaya ini yang masih menjadi raja-raja, usia dinasti Srivijaya
berusia lebih 1400 tahun!
S: Sungguh menarik bila kita menyusuri sejarah
Nusantara ya!
J: Sebab itu kita kena belajar sejarah kita
sendiri, jika tidak akan terjadi perpecahan akibat salah faham. Kita berperang
dengan orang lain padahal rupa-rupanya orang yang kita perangi adalah
adik-beradik kita sendiri.
Sejarah juga berperanan sebagai pemangkin
motivasi. Satu-satunya negara yang mengabaikan sejarah ketika semua negara
menumpukan kepada pembangunan sejarah walaupun semiskin Kemboja dan Burma
adalah negara kita. Sungguh sedih melihat cara ahli sejarah kita membuat
kesimpulan sejarah. Mesti mahu mengaitkan budaya kita datang dari luar. Bila
dijumpai ada aborigine Taiwan berbahasa rumpun Melayu, cepat-cepat
terhegeh-hegeh menjilat buntut orang Barat dengan mendakwa orang Melayu berasal
dari Taiwan. Bila dijumpai ciri-ciri rumpun Melayu di Yunnan, tiba-tiba jadi
separuh gila mengatakan Melayu berasal dari Yunnan pula. Ketika ahli sejarah
pemalas kita sibuk mengaitkan asal-usul orang Melayu dari pelbagai arah, para
pengkaji Barat sedang sibuk mengkaji adakah orang Melayu ini warisan dari benua
Lemuria atau Mu yang tenggelam. Menarik kan? KITA SEBENARNYA MEMANG DARI DULU
BERADA DI SINI, DI SINI, DAN DI SINI. BUKAN DARI MANA-MANA.
S: Terlanjur menyebut
tentang Mu, boleh Srikandi cerita sedikit tentang darah naga?J: (Srikandi tersenyum aneh)Awak nak pancing saya ya? Saya sudah katakan rahsia darah naga ini amat merbahaya kerana sedikit saya dedahkan, ramai pula mendapat bisa tulahnya sehingga demam kekeliruan (Srikandi tersenyum aneh lagi). Saya bukakan sedikit rahsia. Jika anda mahu mengetahui rahsia Darah Naga ini, anda kena dekodkan tulisan-tulisan hiroglif di makam Hatshepsut di Luxor, Mesir. DI SANA TERSEMBUNYI RAHSIA RAJA PERAHU DAN PERMAISURI HATI, pemerintah Punt. Saya ada draf hasil terjemahan tulisan ini dari Egyptologist di sana. Mereka tidak memahami sebahagian istilah dalam relief itu, TETAPI MALANGNYA SAYA TAHU SEBAHAGIAN PERKATAAN ITU BERSEKALI DENGAN RAHSIA PEREHU DAN HATI INI.
(Srikandi merenung tajam, dengan senyuman aneh)
J: Cukup!Biarlah saya simpan dahulu rahsia
ini. Biarlah rahsia, kata Siti Nurhaliza.
Siapa yang mahu mendekodkan semua manuskip
dahulukala kena kuat dalam pengetahuan sejarah. Misalnya Hikayat Merong
Mahawangsa. Ada kisah kapal putera Rom di serang garuda. Lucunya ada orang yang
percaya ia benar-benar burung garuda yang besar itu. Salah seorangnya ialah geng
Anai-anai. SALAH SAMA SEKALI. Perlambangan 'garuda' adalah merujuk kepada
Empayar Srivijaya. Ketika itu Srivijaya adalah tuan punya SElat Melaka. Siapa
yang mahu lalu di selat ini mesti dipantau oleh kapal-kapal peronda
Srivijaya. Tidak dinafikan terdapat lanun-lanun di selat ini, dan lanun-lanun ini
mempunyai hubungan dengan Srivijaya. Ini samalah seperti Kerajaan British yang
mengupah privateer mereka sebagai lanun-lanun untuk merompak kapal-kapal
Sepanyol di Atlantik dan Caribbean. Antara warisan Srivijaya yang tertinggal
dalam budaya masyarakat Asia Tenggara adalah lambang garuda. Lambang ini adalah
lambang Srivichai dan diambil oleh kerajaan Khmer sebagai seni mereka, kemudian
dicedok oleh Tai ketika serangan raja Tai ke ibukota Khmer menyaksikan
pemindahan segala budaya Khmer ke istana raja Thai. Catatan sejarah menyaksikan
bahawa raja Tai mengangkut beratus-ratus penari, tukang ukir dan seniman Khmer
ke ibukota mereka sekaligus menyerap segala budaya ,tulisan dan kostum Khmer ke
budaya Tai yang baru bertapak di Indochina. Tai juga mencedok budaya
negeri-negeri Melayu Kuno di selatan Indochina seperti Ligor dan Sri
Dharmaraja. Gabungan dari semua budaya cedokan ini lahirlah bangsa Thai
sekarang.
Di dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal misalnya
terdapat nama Raja Bedurai Putih. Di dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal, Raja
Bedurai Putih dari Negeri Tambang Papan itu sebenarnya perlambangan dari raja
Portugis, gabenor atau wakil raja atau sekurang-kurangnya raja dari sebuah
negeri di Eropah. 'Bedurai' adalah kata 'viceroy' yang dimelayukan atau dalam
versi lain menjadi 'wizurai'. Anda boleh nampak sekarang, untuk memahami
hikayat-hikayat Melayu, kita kena kuat asas kronologi sejarah. Jika tidak kod-kod
dalam hikayat-hikayat ini tidak dapat dipecahkan. Samalah seperti untuk memahami
rahsia tradisi Darah Naga dan 'Pisau Ular'.
S: Bercakap mengenai Khmer,Srikandi ada menyentuh
mengenai pengasas Angkor atau Empayar Khmer iaitu Jayavarman II di dalam salah
satu siri ATBM. Siapakah beliau sebenarnya?
J: Saya cenderung mengatakan beliau ialah gabenor
atau mempunyai hubungan darah dengan dinasti Sailendra. Dinasti Sailendra ialah
raja-raja Srivijaya yang menetap di Jawa. Asal-usul mereka ialah dari
Sumatera. Jadi mereka adalah cabang dari keturunan diraja Malayu Sumatera. Namun
ada pengkaji yang menolak pendapat ini seperti Claude Jacques dan
lain-lain. Mereka mengatakan bahawa kata 'chvea' pada batu bersurat di Sdok Kok
Thom itu merujuk kepada orang Cham. Ini kerana pada pendapat mereka,Jayavarman
II telah lama berhubungan dengan orang Cham dan ini lebih munasabah berbanding
beliau tinggal di istana Sailendra di Jawa. Bagi kita, mana-mana teori pun
menunjukkan bahawa budaya Khmer adalah berasal dari rumpun Melayu. Mengapa?
Teori
pertama mengatakan Jayavarman II berasal dari istana Sailendra. Dinasti
Sailendra berasal dari Sumatera, dari kerajaan-kerajaan Melayu Purba. Teori kedua
mengatakan Jayavarman II ada hubungan dengan orang Cham, dan orang Cham adalah
sememangnya rumpun Melayu dan pernah mempunyai tamadun Melayu Purba yang
agung! Jadi budaya Khmer tidak dapat lari mesti duduk di bawah bayang-bayang
sejarah Kemelayuan. Sebab itu saya katakan TAMADUN PURBA MELAYU ADA DI
INDOCHINA. Ini benar-benar The Lost Civilization of Malays.
S: Jika boleh kami mahu berbual panjang lagi
dengan Srikandi, namun akur dengan masa yang diberi oleh Srikandi . . ..
J: Oh ya! Nasib baik anda ingatkan,saya ni kalau
sudah syok bercakap pasal sejarah, lupa DUNIA . . .
(Srikandi ketawa kecil)
S: . . . jadi sebelum mengakhiri temubual
kita, boleh Srikandi ceritakan asal-usul salasilah Srikandi sendiri, mungkin
pembaca ingin tahu, sebagai pengkaji sejarah sudah tentu sang pengkaji tahu
sejarahnya sendiri.
J: Emm . . . emmm . . . (Srikandi merenung tajam dengan
senyuman mencurigakan) Awak nak jerat saya ke? Ini soalan perli nampak?
(Srikandi mula ketawa kecil)
Baiklah, bapa saya berketurunan Jawa yang jika
ditelusuri berasal dari Jawa Tengah. Moyang saya jika diselidiki mempunyai
hubungan darah dengan Embah Gyatri, salah seorang isteri Raden Wijaya. Cukup saya
katakan bukanlah hubungan dekat, bau-bau bacang sahaja. Salasilah ini terlampau kompleks, dan
saya pernah melihat salasilah ini ketika kunjungan saya ke Magelang. Itu pun
nasib baiklah saya membawa bapa saya kerana dia masih fasih berbahasa Jawa
halus. Ibu saya pula berasal dari Perak, tepatnya dari Beruas. Nenek saya (sebelah
ibu) punya hubungan dengan salah satu kerabat diraja Perak. Cukup?
J: Nampaknya Srikandi punya darah kedua-dua warisan
empayar ini; Srivijaya dan Majapahit . . .
J: (Srikandi hanya tersenyum aneh)
Saya tidak mahu komen
tentang itu ,namun saya mahu ulang apa yang dikatakan oleh Win Cun, rakan Cina
saya ketika di Tingkatan 6 dahulu, seperti yang saya ceritakan di awal
temubual:". . . . jika awak lemah semangat,
tiada siapa di DUNIA ini akan dapat tolong awak . . ."
Hidup ini sebenarnya kejam dan hanya orang yang benar-benar kuat sahaja akan terus wujud. Orang yang lemah semangat, hilang identiti dan jatidirinya akan menunggu masa untuk pupus. Terima kasih kerana menemubual saya.
S: Oh,sepatutnya kami yang berterimakasih kepada Srikandi kerana sudi meluangkan masa bersama kami.





















